Sekian lamanya aku tidak menaip. Jari jemari seolah merindui papan kekunci. Aku sekarang mula sibuk dengan tugasan yang diberikan. Rela atau tidak, aku tetap kena siapkan. Parah.
Untuk kali ini, aku menaip untuk perkara yang gembira. Berbuka puasa dengan kawan. Siapa kat sini tak ada kawan? Parah dan payah. Mungkin kau belum rasa nikmatnya berkawan, lagi nikmat kalau kau ditikam dari belakang oleh kawan kau sendiri. Tapi sekarang aku bukan cerita tentang tikam kawan.
Aku nak cerita pengalaman. Gila-gila. Buka puasa dengan kawan sendiri buat kali yang pertama. Indahnya rasa tali persahabatan ini. Semoga terus kekal. Ini doa yang selalu aku titipkan. Kemana jua aku melangkah, kalian juga yang paling best. Makhluk makhluk yang sentiasa mendapat tempat di hati aku.
Aku tak sabar nak tunggu kita membesar. Nak tengok siapa yang bakal menggenggam segulung ijazah dan siapa yang gatal nak kahwin dulu :pp Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian semua.
Terima kasih buat segalanya. Kalian memang paling best dan sangat best. Sila berbangga kerana coretan ini memang khas buat kalian yang bergelar sahabat aku.