Saturday, 2 March 2013

Muak.

        Aku sudah cukup muak dengan semua janji-janji melayu yang telah engkau cipta.                 Semuanya palsu. Aku cukup muak. Kalau boleh dikongsi rasa muak ini, akan aku bagi engkau rasa macam mana muaknya.

Aku letih. Aku letih dengan segala yang telah berlaku. Aku bosan. Tapi, aku harus tabah. Aku harus kekal tabah. In sha Allah, dengan adanya bimbingan orang yg baik-baik di samping aku. Semoga mereka terus berada di samping aku. Aku tak mahu tersesat.

Aku dah cukup lali dengan manusia yang talam dua muka. Aku tak percaya lagi dengan mana mana manusia melainkan keluarga aku sendiri. Aku yakin mereka akan menghulurkan tangan apabila aku jatuh. Tak ada yang lain. Kawan boleh pergi pada bila-bila masa.

Hari ini mungkin kita berjanji untuk menjadi sahabat hingga jannah. Itu semua dusta. Suatu hari engkau akan tinggalkan aku, lupakan aku. Aku pasti semua itu akan berlaku. Aku tak minta semua itu, tapi aku dah dapat rasa semua itu. Tak ada manusia yg tak mementingkan diri sendiri. Semua manusia rakus.

Semoga aku kekal tabah. Semoga aku dapat menjadi manusia paling baik pada abad ini. Semoga aku dapat menjadi anak yg paling banyak berjasa terhadap mak ayah aku sendiri. Semoga aku berjaya mengejar cita-cita aku. Semoga aku dapat menjadi hamba Allah yang paling taat. Semoga aku mati dalam keadaan aku beriman. Semoga aku dapat mengecapi bahagia yg tertulis untuk aku. Itu semua harapan aku. Terima kasih. (Aku tak punya orang lain selain keluarga yg paling disayangi. -Manusia tisu, 2013)

No comments:

Post a Comment