Thursday, 25 April 2013

Lakonan dunia

                              Hidup ni bagaikan lakonan. Kau lah pelakon, kau lah pengarah. Kau boleh pilih apa sahaja watak yang kau suka. Sama ada baik mahupun jahat. Jalan ceriya yang kau impikan, kau boleh lakukan. Tahniah kalau berhasil. Kalau tak, bermakna itu ujian. Teruskanlah berlakon, biar mantap. Kau boleh tayangkan lakonan di akhirat nanti. Kalau baik lakonan kau, syurga lah jawapannya. Kalau tidak, sebaliknya.

Aku bukan tuhan untuk menentukan seseorang itu masuk syurga ataupun neraka. Aku pun manusia. Manusia yang sering melakukan kesilapan. Tapi kau harus tahu, dalam alQuaran pun dah ada cakap hukum hakam. Kau ada akal yg boleh membezakan baik atau buruk. Tolong guna akal tu sebaiknya.

Jujur aku cakap, aku materialistik. Kadang-kadang aku terlampau obses. Benda tu yang membuatkan aku lalai. Sebab aku terlalu obses. Payah sungguh. Tapi aku dah mula sedar, semua tu tak kemana. Hidup bukan untuk enjoy semata.

Aku, kau, dia. Kita semua pelakon. Kau kena tahu sepak terajang dunia. Kadang kadang kau kat bawah, kadang kadang kau kat atas. Janganlah kau sombong pulak bila kau dah berada di atas, takut bila tersungkur kau langsung tak boleh bangun. Sekian. Semoga kita menjadi pelakon yang hebat, dan tayangan itu memberikan impak yang baik.


Note: 27 april hari lahir aku. Aku tak mintak kau hadiah pun. Jangan risau. Cukup sekadar kau mendoakan kesejahateraan kehidupan aku baik di dunia mahupun akhirat. Terima kasih daun keladi.

No comments:

Post a Comment