Wednesday, 5 June 2013

Fisrt love.

Bismillah. Assalamualaikum semua.

So harini nak kongsikan satu cerita. Rekaan sendiri. Tiada kena mengena dengan sesiapa dan tiada niat untuk mengenakan sesiapa. Faham? Kalau jenis yang mudah terasa sila click pangkah atas.

Alkisah....

Ada seorang gadis ni bernama Syakira. Dia suka dekat seorang insan bernama Qayyum. Tapi Qayyum ni dah ada kekasih hati pengarang jantung dan Syakira pun tahu tentang itu. Tapi Syakira ni berdegil jugak nak minat dekat si Qayyum ni. Qayyum ni memang kacak dan macho pun. Ramai perempuan yang menaruh harapan dekat dia.

Qayyum bukan berasal dari satu sekolah yang sama dengan Syakira. Syakira kenal si Qayyum pun masa hari sukan peringkat daerah. Mereka ni atlit wkail sekolah. Sejak daripada hari pertama mereka jumpa, Syakira terus minat Qayyum dalam diam. Dia tak kisah kalau Qayyum tak tahu yang dia minat Qayyum, dia taknak menjadi punca kalau hubungan Qayyum dengan kekasih dia retak. Padahal memang dah retak pun. Ciss.

Lama lama kelamaan, perasan tu makin menggila. Sampaikan tengok gambar Qayyum dalam handphone pun boleh tersenyum. (Gambar tu dicuri dalam diam). Qayyum kini berstatus single kerana telah memutuskan hubungannya dengan bekas kekasihnya atas beberapa sebab. Makanya, Qayyum yang agak frustrated tu pun mula buat keputusan untuk tidak bercinta lagi. Dia dah muak.

Syakira yang tahu tentang hubungan Qayyum dengan kekasih lamanya yang telah terputus hubungan itu pun mula mencuba untuk mengambil tempat di hati Qayyum. Pelbagai alternatif yang dilakukan oleh Syakira. Malangnya Qayyum masih tidak menyedari perihal itu. Qayyum makin kecewa kerana terlalu melayan perasaanyan itu.

Satu hari, Qayyum mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara. Menyambung pelajaran ke luar negara. Demi kebaikannya sendiri. Syakira pun berasa kecewa. Teramat kecewa. Sukar untuk menerima hakikat yang Qayyum masih berkeras hati. Dan sejak daripada itu, Syakira mula belajar untuk move on bak kata dakdak twitter.

 
Sumber: here

So sampai di sini sajaha cerita untuk kali ni. Nantikan sambungannya... Lots of love

No comments:

Post a Comment